Thursday 10 November 2011

Kawan

Assalamualaikum.





Kita boleh terima orang, tapi orang belum tentu boleh terima kita. Kita juga tak boleh nak paksa orang untuk terima dan suka dekat kita. Jujur aku cakap, aku nak cuba jadi "Bestfriend" kau, tapi aku rasa kau tak pernah nampak semua tu kan. Takpe, aku tak pernah paksa untuk kau terima aku jadi "Bestfriend" kau. Aku tau aku macam mana. Aku tak sama macam bestfriends2 yang kau ada. Diorang baik, pandai, boleh gurau apa2 jer dengan kau. Aku pula ngada2, cepat merajuk, kurang pandai, aku sedar diri aku macam mana. Maybe sebab tu sampai sekarang kau tak boleh terima aku sebagai bestfriend kau kan?





Ya, aku tak chill macam bestfriends2 kau. Tapi tu lah diri aku. Kalau kau tak boleh nak terima aku jadi bestfriend takpe, aku bukan boleh paksa kau. Itu hak kau. Cukuplah jadi kawan biasa. Itu pun dah cukup bagus. Takpe tahun depan aku dah nak pindah. Kau takkan jumpa lagi Ilyana yang ngada2, yang cepat touching ni. Kau boleh habiskan sekolah sampai tingkatan 5 dengan tenang, dengan bestfriends2 kau disisi.





Aku doakan kau gembira dan berjaya. (aku tau kau sentiasa happy dengan besfriends2 kau) Mungkin aku belum faham dan kenal diri kau yang sebenarnya. Aku akan cuba kawan. Kalau ada yang kecil hati dengan post kali ni, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati sapa-sapa atau ada yang nak kata aku ni post benda yang merepek-repek dan sebagainya. Ikut suka korang lah. Aku tak tulis atau aibkan sapa-sapa dekat post ni, so korang takyah nak kata macam-macam okay. (maaf kalau ayat aku menyinggung hati)


Syafiqah :')

Assalamualaikum :)

Harap semua sihat. Tinggal seminggu jer lagi nak sekolah, then cuti. huhuhu.. Sedih coz ramai kawan aku nak pindah. Korang mesti pernah rasa sedih sebab kawan nak pindahkan? Of course sedih gila-gila. Walaupun kawan yang nak pindah tu bukanlah bestfriend kita, tapi kita mesti akan rasa kehilangan dia bila dia dah tak ada nanti. (air mata dah nak mengalir) 






Antara kawan aku yang nak pindah Syafiqah. Walaupun aku tak rapat mana dengan dia, tapi sure boleh rasa kehilangan dia. Dia simple, gila-gila, pandai, dan dia selalu buat aku gelak. Aku still ingat lagi waktu aku nangis dekat bilik jahitan dulu (dekat bawah meja) kau datang tanya kenapa aku nangis then kau teman aku. Aku tak boleh lupa kenangan tu sampai sekarang fiqah. Kau teman aku waktu tu and kau buat sampai aku gelak. Thank you fiqah. (rasa nak peluk kau rapat-rapat sekarang ni)






Orang mungkin boleh cakap apa-apa jer pasal kau fiqah, tapi yang penting aku tau kau macam mana. Fiqah, aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. InsyaAllah, kau akan berjaya Fiqah. Aku tau kau akan berjaya di dunia dan InsyaAllah dia akhirat juga. Aku Sayang Kau <3



Tuesday 8 November 2011

Ubat

Assalamualaikum semua :)

Semoga semua orang sihat-sihat ya hari ini. Ubat? eh sapa pula yang sakit? Ilyana ke? hahaha.. Okay post kali ni tajuk dia "Ubat". Aku alhamdulilah sihat tapi, hati aku kurang. huhuhu :( So sekarang ni aku sibuk nak cari ubat untuk hati aku.





Senang bukan kalau ada sejenis ubat yang boleh merawat hati kita bila kita marah, sedih, kecewa. Tapi doktor-doktor masih belum jumpa penawar seperti itu. (kau pikir senang ke nak buat ubat ilyana?) hahaha..
 Sebab itu setiap kali kita kecewa, sedih, marah kita akan perlukan seseorang. Boyfriend? TIDAK! tetapi SAHABAT. Ya Sahabat adalah doktor yang terbaik untuk kita. (isshh tipulah, kawan2 aku kalau aku sedih diorang buat tak tau jer) Haa.. itu bukan Sahabat, itu kawan. Untuk pengetahuan anda perbezaan SAHABAT dan KAWAN sangat besar tau. (poyo gila ayat aku!) Jadi kita kena bijak mencari dikalangan kawan-kawan kita siapa Kawan dan siapa Sahabat. Aku beruntung sangat sebab aku ada Sahabat. Bukan senang tau nak cari Sahabat.



Sebenarnya aku tengah kecil hati dengan seorang kawan aku ni. Tak perlulah aku sebut siapa. Hati aku sakit gila. Senang kalau ada plaster yang boleh tampal hati kita bila sakit kan?




Tapi mana ada benda macam tu kat dunia ni. Kalau ada pun aku rasa benda tu lah yang paling laris dijual. hahaha.. Haih, aku sabar jer lah. Nak buat macam mana Allah cipta setiap manusia ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Aku sendiri pun ada keburukan juga. Jadi aku kena terima. Walau macam mana pun perangainya dia tetap kawan aku. (kadang-kadang tu tak boleh sabar juga dengan perangai dia!) hahahaha.. Jadi kita kena lah belajar bersabar sebab bersabar tu sangat AJAIB!





Jaga diri ya semua dan jaga lupa jaga hati anda sekali..! hehehe ;)

Hadiah !

Assalamualaikum :)

Anda sihat? Ilyana doakan semuanya sihat-sihat ya. Kalau sakit jangan lupa makan ubat. Haa.. dah tukar background blog, lagu, warna-warna. Tukar mood la katakan. Kalau asyik yang sama jer, aku sendiri pun bosan nak tengok. Betul tak? Jadi buat masa sekarang yang paling aku suka lagu dekat blog aku. Hah, tak best? Tak apa, lain orang lain citarasa right? Kalau tak suka tak payah baca :)

Okay, jom kita mula bercerita. Tajuk dekat atas tulis "Hadiah" kan? Haaa.. best sangat sebab Abah nak kasi hadiah dekat aku, my sister and my mom. Petang tadi waktu tengah minum, abah tiba-tiba jer cakap dekat mak nanti hujung tahun ni kita beli rantai dekat Ilya (my little sister) rantai tangan pula dekat Yana (me). Aku pun macam tergamam kejap. Dalam hati aku cakap, abah nak beli rantai tangan untuk aku? Lepas tu aku pun tanya la kenapa nak beli rantai tangan untuk Yana? (banyak tanya pula aku kan? hahaha) Abah cakap saja la nak bagi hadiah dekat anak-anak abah. (terharu gila!)





Lepas tu abah cakap pula esok nak hantar kereta pergi bengkel sebab ada problem sikit. Aku pun fikir balik, "isshhh nak hantar kereta pergi bengkel, then nak beli hadiah bagai. tak banyak ke duit yang keluar?" Aku pun cakap la "Abah beli rantai dekat Ilya jer lah, dekat Yana tak beli pun takpe" Lepas tu abah cakap, "eh takpe abah nak beli hadiah untuk dua-dua anak abah sebagai hadiah hari jadi. kan abah tak bagi apa-apa hadiah tahun ni" Lepas tu boleh pula abah aku cakap lagi "mak nak apa, gelang? cincin? ke rantai?" Sweet aku tengok abah aku tanya dekat mak aku macam tu :') Mak aku diam, lepas tu aku cakap mak nak kamera. Abah pula cakap "a'ah la kamera kita dah rosak kan. okay hujung tahun ni abah beli rantai untuk Ilya, rantai tangan untuk Yana, kamera untuk mak" Abah aku senyum jer sepanjang cakap benda tu semua. :)




Terima kasih abah. Yana sayang abah (iloveyouforever) :')
Anda pun mesti sayang ayah anda bukan? Jadi jangan lupa doa buat insan yang disayangi terutamanya kedua ibubapa anda :) Hargailah mereka sehingga nafas anda yang terakhir, kerana mereka tiada galang-gantinya..

Monday 7 November 2011

Hang Out :]

Assalamualaikum :)

Lama gila aku tak update Blog. Fel, dengan Athirah dah banyak kali tanya bila nak update Blog. hohohooo.. Now i dah update laa.. By the way, Ilyana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang beragama ISLAM :)

Kita mulakan tajuk penceritaan kita ya. Seperti tajuk diatas, well biasa budak remaja mesti ada keluar dengan kawan-kawan right? Sama juga macam aku dan kawan-kawan aku :) (perasan yang diri ni remaja la sangat!) hahahaha.. Aku dengan My Superb Bestie rancang nak Hang Out dengan kawan-kawan. Hang Out dekat? Sini aku tunjuk gambarnya..

                                                         WANGSA WALK MALL

Ini tempat kegemaran aku dengan Felissa. Kitorang tak pergi Pavi, Mid Valley, TS, KLCC dan yang seangkatan dengannya lah. Kitorang budak biasa jer. Tapi aku percaya ramai remaja zaman sekarang Hang Out dekat tempat-tempat tu pun bukannya diorang beli barang. Sekadar jalan-jalan (melepak), ambil gambar (nak tunjuk kononnya diorang hang dekat tempat HOT),  makan, then balik.Tu jer aku rasa yang diorang buat. Tapi tak semua la yang macam tu. Ada yang dikalangan "berada" tu maybe pergi sana untuk shopping right? Ikut kemampuan masing-masing lah kan. Oppss! Dah lari tajuk pulak. hehehe.. (sorry kalau rasa aku merepek benda entah apa-apa)

Aku dengan Fel pon rancang lah nak pergi bila, nak ajak sapa, nak makan dekat mana. Makan? hahaha.. Kitorang ada masalah sikit bincang pasal tempat makan yang nak dituju. Nak tau tak antara cadangan kitorang berdua? hehehe.. Okay, antara cadangannya adalah:


                                                                        POPEYES


                                                                    BBQ CHICKEN


                                                                   AYAM PENYET
                                                             (cadangan cik Felissa ya)


                                                                           A&W

Last-last, tak pilih mana-mana lagipun. Bagi cadangan jer lebih. hahaha.. Tapi aktiviti wajib kitorang bila kunjungi WangsaWalk Mall (WWM) before pergi makan kitorang akan ke......


                                                                 TGV CINEMAS

Tgv Cinemas, the most popular place at WWM. Aku dengan kawan-kawan takkan lepaskan peluang untuk tengok wayang sama-sama. Best gila! Then lepas tengok wayang aku dengan Fel rancang jalan-jalan la kejap sebelum pergi makan. Tempat yang kitorang WAJIB singgah adalah.....


                                                                      POPULAR


Biasa lah aku dengan kawan-kawan aku hantu NOVEL. So, kitorang akan bertapa di POPULAR buat seketika. hehehe.. Tapi..............

Semua yang aku ceritakan diatas tadi  cuma rancangan aku dengan Felissa dan yang sedihnya Fel cakap last minute dia TAK DAPAT JOIN. What can i say? ( berlagak speaking pulak! hohoho) Parents Felissa kerja luar sampai hari ahad. So, dah sah-sah la dia tak dapat nak join right? Me, kecewa gila. Huwwaaaaaa... :'0





Fel cakap pergi jer lah tanpa dia. Memang boleh pergi tanap dia but, feeling lain okay kalau kau tak ada sister. Mula-mula tu aku ingat nak cancel tapi, bila difikirkan balik pergi jer lah walaupun tak ada Fel. Nak buat macam mana kan. Allah takdir macam ni. Berdosa kalau kita tak boleh terima right? So, InsyaAllah benda yang dirancang akan diteruskan tanpa FELISSA. Fel, so sorry kitorang keluar tanpa kau. 

Semuanya akan dibincang dan akan diatur semula. So, kita tunggu jer lah bila tarikh yang nak dipilih ya. Doakan semuanya berjalan lancar. Amin. :)



Wednesday 10 August 2011

I WANT YOU BACK!!!

Assalamualaikum. 
First sekali tadi baru lepas baca blog felissa,athirah dengan izlyn. Semua cerita pasal AISYAH YAQAZAH.. Siapa Aisyah Yaqazah?? huh, tak perlu la aku letak gambar dia kerana... KORANG NAK AKU NANGIS KE BILA LETAK GAMBAR DIA??!!! Aisyah (ecah) dia baru pindah, kawan-kawan aku yang rapat dengan ecah semua buat entri pasal ecah.. aku pulak???? aku tak nak buat!! JANGAN KATA AKU KEJAM! aku tak nak buat entri pasal ecah sebab nanti aku akan MENANGIS DENGAN TERUK SEKALI..! so aku tak ready nak cerita apa-apa.. almaklum la aku ni cepat nangis.. tambah yang berkaitan tentang kawan-kawan.. YES! aku mengaku, aku mula rapat dengan ecah tahun ni tapi aku dah rasa serasi dengan dia..(sangat-sangat) 

Sebenarnya tajuk entri aku kali ni yang aku taip I WANT YOU BACK tuu ditujukan untuk 2orang. orang yang pertama ecah dan yang KEDUA ialah NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZAR.. tapi athirah (thirah) bukannya nak pindah macam ecah.. ni kes lain ehh.. serius aku mengaku aku dah makin tak rapat dengan athirah.. aku sedih sangat-sangat..! sejak athirah berpindah tempat pergi duduk depan aku dah rasa dia dah hilang dalam hidup seharian aku.. YES! aku mengaku aku cemburu,jeles,sakit hati bila athirah duduk dekat depan.. kenapa??!! sebab aku sayang dia!! dan aku rasa aku dah makin kurang rapat dengan dia lagi bila dia masuk kawad rumah delta.. lagi aku rasa kehilangan..!

Walaupun waktu kitorang duduk sama-sama dulu aku dengan athirah selalu gaduh-gaduh tapi takpe..! aku lebih rela macam tu daripada keadaan yang sekarang ni..! aku tak suka sangat-sangat hubungan aku dengan athirah yang sekarang ni.. YA! aku mengaku aku tak sehebat kawan-kawan kau ecah, miza, felissa, anis, fiqah, nissa, nadirah dan yang lain-lain.. aku perlukan kau sebagai kawan baik aku.. setiap hari bila datang sekolah aku selalu tanya dekat diri aku sendiri "bila athirah nak datang duduk dengan aku dan felissa balik" SETIAP HARI aku mesti tanya soalan tu dekat diri aku.. tapi bila dah sampai waktu balik sekolah athirah masih duduk dekat depan dan setiap hari jugak waktu balik aku akan cakap dalam hati aku "esok mesti athirah datang duduk dengan aku dan fel balik" tapi dah lama aku tunggu, masa tu tak pernah datang lagi...

Aku pernah cakap dekat fel yang aku nak sangat-sangat athirah duduk balik dengan kitorang, tapi aku tau mesti benda tu TAKKAN PERNAH TERJADI..! tapi takpe la asalkan athirah bahagia duduk depan dengan nabila izzati, syahirah, hanani, farhanah aku dah bahagia.. cuma aku harap tahun depan, tahun terakhir aku, aku dapat duduk sama kelas dengan athirah lagi... tu dah cukup untuk aku... mungkin bagi athirah aku ni sensitive, ngada-ngada, cepat merajuk dan sebagainya dan mungkin sebab tu juga dia lebih suka kawan dengan felissa, ecah, miza, fiqah, anis, nissa, syahirah, shazlin dan yang lain-lain daripada aku... tak pe la athirah aku terima....mungkin bila kau baca apa yang aku tulis ni kau akan kata aku ni over ke ataupun benda lain yang seangkatan dengan tuu... tapi ni cuma luahan hati aku yang aku pendam selama ni..

Mungkin orang tengok aku selalu ceria dekat sekolah, tapi dalam hati aku orang tak tau...dan kalau ada yang perasan pun mungkin felissa, sebab dia suka memerhati orang..tak tau kenapa air mata aku tak henti-henti mengalir sepanjang aku tengah tulis entri kali ni.. aku rindu aisyah...aku nak dia kembali...dan aku nak athirah yang dulu.............

Ya ALLAH makbulkan lah doa aku..
Amin~

Tuesday 2 August 2011

ANA LU'LU :)


Assalamualaikum semua :)
Hai kamu! puasa tak hari?? hah! tak puasa? ishh, ape ni..karang tak boleh raya baru tau..hehehe... ala takpe aku faham maybe ada yang tak puasa tu sebab alasan tertentukan.. okay takpe-takpe.. 

Korang baca tajuk aku tulis dekat atas tu pon mesti dah tau aku nak cerita pasal apa kan.. haaa...aku baru lepas tengok cerita Ana Lulu dekat tv3 tadi.. mesti korang nak cakap "esok nak periksa boleh lagi tengok tv". korang mesti nak cakap macam tu kan..?? alaa..buku-buku jugak, hiburan tetap kene ada okay..bak kata kawan aku  athirah "tv,tv laa...facebook, facebook laa".. hahaha...

best giler cerita tuu..dah la hero dia pujaan hati aku... bertambah-tambah best la aku tengok cerita tuu.. hehehe... haa..kepada sesiapa yang cakap "alah, bukan best mana pmun cerita tuu..boring jerr.."  tu pendapat masing-masing okay.. kalau korang rasa cerita tu menarik, menarik la jawabnya..kalau korang rasa tak, tak laaa.. ishh, bila aku tengok cerita Ana Lulu tuu buat aku rasa teringan nak ada dekat tempat dia.. walaupun si Ana Lulu tuu selalu kene dera tapi nanti dia akan jumpa dengan putera impian dia.. wahh!! macam cerita cinderella jer kan.. hahaha.. memang pon macam cerita cinderella pon cerita Ana Lulu tuu..hehehe... haa nah aku kasi korang layan gambar-gambar pelakon cerita Ana Lulu tuu... (dapat dari internet jer..) hehehe....

Jangan lupa tengok tau!


Pelakon-pelakon utama


barisan pelakon cerita Ana Lu'lu




hero & heroin cerita Ana Lu'lu




Nora Danish sebagai Ana Lu'lu


( ^ __ ^ )


Kamal Adli sebagai Hariss Azhan


Wawa Zainal sebagai Bunga (kawan baik Ana Lu'lu)


Syarifah Sakinah sebagai Sophie (pengacau hubungan Ana Lu'lu dgn Hariss)
Pengarah cerita Ana Lu'lu


Okay sampai sini dulu cerita aku... byee... :) Aja-aja Fighting! hehehehe....

Friday 22 July 2011

macam tak sekolah :P

Assalamualaikum semua :)
Lepas sampai rumah tukar baju tak mandi tak apa lagi terus masuk bilik then bukak switch laptop terus sign in Blog. hehehe.. Hari ni hari Jumaat (penghulu segala hari) datang sekolah macam tak datang pun ada gak.. Hari ni dalam kelas tak belajar LANGSUNG okay! Giler arhh!! kalau tau baik tak yah datang hari ni.. Aku hari ni dalam kelas macam nak mati kebosanan dah.. mane tak nyer Felissa pergi kawad (DELTA) pukul 5 lebih baru dia naik kelas.. yang lain-lain pulak Miza,Athirah,Aisyah,Anis semua pergi kawad rumah sukan masing2.. haaiiihh...bosan giler aku tadi.. dah takde geng, aku pun duduk diam jer la dalam kelas tadi.. ( jadi bdk baik kejap :P ) Lepas tu waktu KH (PK) pergi la bengkel paip.. cikgu Azwa pun bila tengok murid yang ada cuma berapa kerat jer jadi tak da mood la nak mengajar.. mana tak nyer tadi dalam bengkel tu ada dalam 7orang student jer.. baik tak yah ngajar macam tuu kan.. buat rugi jer.. bila cikgu Azwa kata hari ni tak yah belajar aku pun apa lagi senyum memanjang laa.. hehehe.. :D

Lepas tu waktu tengah duduk tu sampai siapkan sikit lagi LUKISAN KH yang tak siap tu tiba-tiba cikgu Azwa cakap "Ilyana, kamu pergi tolong Syahirah siapkan lukisan dia" aku pun macam tercengang kejap, mane tak nyer aku tengok lukisan syahirah tu banyak lagi yang dia tak siap dan semua part yang susah2.. aku tak sangka la cikgu Azwa percaya dekat aku untuk suruh aku tolong syahirah siapkan lukisan dia tuu.. hehehe.. (kembang pulak perut aku) tengah bersemangat nak tolong syahirah siapkan lukisan dia ada masalah pulak.. si syahirah ni banyak sangat salah dia.. lepas tuu dia tuu macam susah sikit nak tangkap apa yang aku cakap.. (maybe aku cakap laju sangat..hehehe..) tapi takpe la macam mana pun dia tetap kawan aku kann.. :)

Serius cakap sejak Athirah duduk dekat meja depan aku rasa macam aku dah tak rapat dengan dia.. ye la tak leh gaduh2 macam dulu.. hmmm..sedih laa.. nie semua pasal "SORANG BUDAK" tu.. waktu dia tak da kawan dia datang duduk dengan aku & Felissa, tapi bila dia dah ada kawan dia blah macam tuu jer.. geram betul aku.. Fel pun cakap macam tu jugak.. tapi takpe la jika difikir dari sudut yang positive ada kebaikannya juga Athirah duduk dekat line depan. yer la Athirah kan pakai cermin mata..so kalau dia duduk belakang maybe susah la sikit dia nak nampak apa yang cikgu pilih.. kepada Athirah yg Tersayang, kalau kau tengah baca apa yang aku tulis ni aku just nak cakap semoga kau gembira duduk di depan :) hehehe...
ok la nak pergi mandi lepas tu sembahyang maghrib.. bye semua orang.... hehehe...

Wednesday 20 July 2011

Aku Sentiasa Ada Untuk Kau :)

Assalamualikum.
"aku sentiasa ada untuk kau" haaa...dengar macam ayat cinta jer kan?? hahaha..takde maknanya aku nak bercinta laa...! "aku sentiasa ada untuk kau" khas ungkapan ni aku cakap untuk my BESTIE Felissa Najwa a.k.a. Felot! hehehe..tak kenal Felissa Najwa??? ish,ish,ish... takpe2 biar aku letak gambar dia supaya jadi kenal yer..


                                                  Felissa yg sebelah KIRI tu yer...hehe..

aku dah anggap dia macam adik aku dah..kitorang memang rapat..senang kata kalau kat sekolah tuu kitorang sentiasa berkepit..hehehe...dan bila orang tengok aku muram sikit jer orang akan tanya "Felissa, kau gaduh dengan Ilyana ke??" dan begitu juga sebaliknya..kalau felissa pulak yang muram orang akan cakap "Ilyana kenapa dengan Felissa tuu?? korang gadoh ehh??" ayoo!! tak larat nak jawab maa... hehehe...tapi dia ni memang terbaik..aku banyak kongsi masalah dengan dia..walaupun kitorang kenal tak sampai 2tahun lagi,tapi aku rasa aku dah kenal dia lamaaa...sangat! boleh dikatakan banyak benda yang aku dah tau pasal diri dia..tadi waktu baca blog felissa aku rasa terharu sangat-sangat..kalau nak tau kenapa aku terharu pergi la baca blog dia..mana boleh citer kat sini..huhuhu...tapi fel kalau kau tengah baca apa yang aku tulis ni aku nak cakap yang aku pun tak tau kenapa air mata aku boleh jatuh waktu tuu..tanpa aku sedar air mata tiba-tiba jer datang..macam biskut..! hahaha...aku rasa macam aku berada dekat tempat kau so sebab tuu la air mata aku mengalir..terima kasih Felissa sebab kau percaya dekat aku..aku pun sebenarnya tak sangka kau percaya dengan aku sampai tahap tuu..dan aku still ingat lagi waktu 1Bakti dulu kita kawan selalu gaduh-gaduh..sikit-sikit merajuk,sikit-sikit merajuk..hahaha...waktu tuu tak matang lagi..(aku rasa kau tak suka dengar perkataan matang tuu. hehehe..) sekarang masing-masing dah besar tinggi..hehehe..sekarang kalau ada pun main DRAMA QUEEN..! hahahaha... dan terima kasih juga sebab kau faham diri aku macam mana..aku hargai sangat-sangat semua tuu...aku memang bersyukur sangat-sangat dengan ALLAH S.W.T. sebab temukan aku dengan kau..tak dapat aku bayangkan satu hari nanti kite berpisah..haiiiihh...macam mana la agaknya yer.... : '( ok la sampai sini dulu..tata...




! MARAH + SEDIH !



Assalamualaikum.
kali ni aku nak luahkan pasal isi hati aku..aku memang tengah sedih giler dengan seseorang..tak perlu la aku sebut siapa..tapi ini memang tak adil langsung! dia taknak maafkan aku?!cube bayangkan disebabkan kesilapan korang yang kecil jer sampai tak dapat nak maafkan korang langsong..memang kecewa yang teramat sangat la..! hanya ALLAH S.W.T. jer la yang tau perasaan aku sekarang ni..tak perlu la aku tuliskan ape yang terjadi..biar la semua tuu dah pon berlaku..aku dah minta maaf dekat dia..tapi dia tak dapat nak maafkan aku..aku dah lepas sebab aku mengaku aku memang salah dan aku pon dah minta maaf dengan orang yang berkenaan..tapi dia tak dapat nak maafkan aku..nak buat macam mana kan..aku harap satu hari nanti dia dapat maafkan aku..AMIN. kepada sape-sape yang baca ni pon tolong la Amin kan sekali ehh... Terima Kasih Banyak-banyak.. :)

Thursday 7 July 2011

Desa Road Run!

Asslamualaikum.
Okay minggu lepas ada Desa Road Run. memang penat laa kan..giler tak penat! Hari rabu minggu lepas Hari Koperasi memang best sangat..! Okay malas nak tulis banyak-banyak sebab takde idea laa... Sekarang ni pun dah pukul 12.15 malam. Sebenarnya cikgu tak bagi bawa handphone waktu hari Desa Road Run tuu, tapi aku bukannnyer budak baik sangat, so aku bawa juga. hehehe... Tapi dekat sekolah aku tak berani la nak ambil ape-ape gambar.. takut kantoi laa..! huhuhu... Tapi waktu balik tuu, ku tak lepaskan peluang untuk SNAP! hehehehe.... Layan la pic kat bawah nie ehh! Kalau tak cantik tak yah komen ape-ape ehh! Tutup jer mulut tuu rapat-rapat.. Tapi kalau cantik senyum la sampai ke telinga korang tuuu.. :P 

  
                                 sengaja pilih no. ni sebab ada maksud tersirat tu beb!

                                            si kak Lyn tuu dapat no.8 untuk P15 :)  





                                                  dalam perjalanan nak balik rumah


Okay la samapi sini jer laa.. Sebenarnya ada lagi gambarnya tapi aku malas nak tunggu untuk upload gambar tu semua sebab aku nak pergi sambung main game balik. hehehe... tata!