Thursday, 10 November 2011

Kawan

Assalamualaikum.





Kita boleh terima orang, tapi orang belum tentu boleh terima kita. Kita juga tak boleh nak paksa orang untuk terima dan suka dekat kita. Jujur aku cakap, aku nak cuba jadi "Bestfriend" kau, tapi aku rasa kau tak pernah nampak semua tu kan. Takpe, aku tak pernah paksa untuk kau terima aku jadi "Bestfriend" kau. Aku tau aku macam mana. Aku tak sama macam bestfriends2 yang kau ada. Diorang baik, pandai, boleh gurau apa2 jer dengan kau. Aku pula ngada2, cepat merajuk, kurang pandai, aku sedar diri aku macam mana. Maybe sebab tu sampai sekarang kau tak boleh terima aku sebagai bestfriend kau kan?





Ya, aku tak chill macam bestfriends2 kau. Tapi tu lah diri aku. Kalau kau tak boleh nak terima aku jadi bestfriend takpe, aku bukan boleh paksa kau. Itu hak kau. Cukuplah jadi kawan biasa. Itu pun dah cukup bagus. Takpe tahun depan aku dah nak pindah. Kau takkan jumpa lagi Ilyana yang ngada2, yang cepat touching ni. Kau boleh habiskan sekolah sampai tingkatan 5 dengan tenang, dengan bestfriends2 kau disisi.





Aku doakan kau gembira dan berjaya. (aku tau kau sentiasa happy dengan besfriends2 kau) Mungkin aku belum faham dan kenal diri kau yang sebenarnya. Aku akan cuba kawan. Kalau ada yang kecil hati dengan post kali ni, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati sapa-sapa atau ada yang nak kata aku ni post benda yang merepek-repek dan sebagainya. Ikut suka korang lah. Aku tak tulis atau aibkan sapa-sapa dekat post ni, so korang takyah nak kata macam-macam okay. (maaf kalau ayat aku menyinggung hati)


No comments:

Post a Comment