Sunday, 13 January 2013

I'm Happy for them

Assalamualaikum Wrbt.

Hai. Apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah. InsyaAllah.
Entri kali ni simple tapi sangat bermakna. Aku nak share kegembiraan aku dengan korang. Nak cerita ni, (kalau dekat sini korang baca cerita aku je lah kan) ada 2orang kawan aku dah dapat tawaran pergi sekolah yang diorang minta. Seorang dapat SM Teknik K.Lumpur, seorang lagi Kolej Vokasional dekat Johor. Aku gembira sangat untuk diorang :D


                          Nur Felissa Najwa Binti Mohd Noor Effendy
                                      SM Teknik Kuala Lumpur
                                  (yang sebelah kanan tu yeee)

Fel, aku gembira untuk kau. Semoga kau berjaya capai cita-cita kau untuk jadi seorang Akauntan yang cemerlang! By the way, kitorang peminat tegar KPOP. See, our tagline. Super Junior EverLasting Friends. kuikuikui ;)


                                             Nadia Naziera
                             Kolej Vokasional Johor (Seni Kulinari)
                                    (orangnya yang tengah2 tu)

Nadia, aku bangga dengan kau walaupun kau ni 'rock' sikit tapi, DALAM HATI ADA TAMAN maaa ambil Seni Kulinari + GILA KPOP. Hehehehe All the best to you Nadia. Nanti kasi aku rasa masakan kau tauu. Kawan-kawan aku comel-comel belaka kannn. Sebelah kanan tu Reeznesha, yang kiri sekali tu pula Syafiqah but we call her as Iqa. Diorang berdua ni pun pandai-pandai belaka.

Sampai sini je dulu entri kali ni. Kalau aku ada cerita lagi yang nak diceritakan, aku akan update cepat-cepat dekat sini. Take caree. Assalamualaikum.

Thursday, 10 January 2013

Dear friend

Assalamualaikum wrbt.

    Hai. Apa khabar? Semoga anda setiasa sihat dan diberkati Allah swt. InsyaAllah. Setelah agak lama aku tak mengupdate blog ni, malam ni aku luangkan sedikit masa untuk blog yang tercintun ni, eh silap silap blog yang tercinta ni. Sesi persekolahan 2013 baru bermula, jadi sibuk sikit nak biasakan diri dengan subjek-subjek baru untuk Tingkatan 4, nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru dan kawan-kawan baru (kawan-kawan lama tetap utuh di hati ini). Nak cerita ni, aku masuk kelas Account yang ada subjek tambahan Additional Mathematics (Addmaths). Student kalau sebut je subjek Addmaths mesti gerun, termasuk ler tuan punya blog ni. Huhuhu Bukan apa, ramai senior-senior yang terdahulu sendiri mengaku subjek Addmaths ni sedikit rumit. Aku pula bukannya pandai sangat bab cik matematik ni. Haddoiii.. Takpe takpe kita cuba sebaik yang kita boleh, okay. 

    Kembali pada tajuk yang aku tulis dekat atas tu, dear friend. First, aku akan beritahu awal-awal yang aku takkan mention nama kawan aku tu (maruah kawan mesti jaga maa). Nak dimulakan cerita, aku sayang kawan aku sorang ni. Kitorang kenal pun dah agak lama. Aku bukan nak bercerita panjang berjelar sampai boleh buat karangan. Kawan, tolong berubah sikit. Tolong anggap diri kau bermakna. Jangan disebabkan lelaki, kau rendahkan diri kau. Jangan kata yang semuanya salah kau padahal yang salah si lelaki tu. Please, jangan macam ni lagi. Bangga dengan diri kau. Kau lebih hebat daripada dia dan sebenarnya bagi aku dia yang tak layak untuk kau, bukannya kau yang tak layak untuk dia. Kalau kau baca apa yang aku tulis ni, jangan kecil hati. Kalau boleh aku nak cakap sendiri semua ni dekat kau, tapi aku takut persahabatan kita pula yang retak. Aku minta maaf. Aku sentiasa sayang dan akan ada untuk kau, kawan.