Thursday 10 November 2011

Kawan

Assalamualaikum.





Kita boleh terima orang, tapi orang belum tentu boleh terima kita. Kita juga tak boleh nak paksa orang untuk terima dan suka dekat kita. Jujur aku cakap, aku nak cuba jadi "Bestfriend" kau, tapi aku rasa kau tak pernah nampak semua tu kan. Takpe, aku tak pernah paksa untuk kau terima aku jadi "Bestfriend" kau. Aku tau aku macam mana. Aku tak sama macam bestfriends2 yang kau ada. Diorang baik, pandai, boleh gurau apa2 jer dengan kau. Aku pula ngada2, cepat merajuk, kurang pandai, aku sedar diri aku macam mana. Maybe sebab tu sampai sekarang kau tak boleh terima aku sebagai bestfriend kau kan?





Ya, aku tak chill macam bestfriends2 kau. Tapi tu lah diri aku. Kalau kau tak boleh nak terima aku jadi bestfriend takpe, aku bukan boleh paksa kau. Itu hak kau. Cukuplah jadi kawan biasa. Itu pun dah cukup bagus. Takpe tahun depan aku dah nak pindah. Kau takkan jumpa lagi Ilyana yang ngada2, yang cepat touching ni. Kau boleh habiskan sekolah sampai tingkatan 5 dengan tenang, dengan bestfriends2 kau disisi.





Aku doakan kau gembira dan berjaya. (aku tau kau sentiasa happy dengan besfriends2 kau) Mungkin aku belum faham dan kenal diri kau yang sebenarnya. Aku akan cuba kawan. Kalau ada yang kecil hati dengan post kali ni, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak bermaksud nak sakitkan hati sapa-sapa atau ada yang nak kata aku ni post benda yang merepek-repek dan sebagainya. Ikut suka korang lah. Aku tak tulis atau aibkan sapa-sapa dekat post ni, so korang takyah nak kata macam-macam okay. (maaf kalau ayat aku menyinggung hati)


Syafiqah :')

Assalamualaikum :)

Harap semua sihat. Tinggal seminggu jer lagi nak sekolah, then cuti. huhuhu.. Sedih coz ramai kawan aku nak pindah. Korang mesti pernah rasa sedih sebab kawan nak pindahkan? Of course sedih gila-gila. Walaupun kawan yang nak pindah tu bukanlah bestfriend kita, tapi kita mesti akan rasa kehilangan dia bila dia dah tak ada nanti. (air mata dah nak mengalir) 






Antara kawan aku yang nak pindah Syafiqah. Walaupun aku tak rapat mana dengan dia, tapi sure boleh rasa kehilangan dia. Dia simple, gila-gila, pandai, dan dia selalu buat aku gelak. Aku still ingat lagi waktu aku nangis dekat bilik jahitan dulu (dekat bawah meja) kau datang tanya kenapa aku nangis then kau teman aku. Aku tak boleh lupa kenangan tu sampai sekarang fiqah. Kau teman aku waktu tu and kau buat sampai aku gelak. Thank you fiqah. (rasa nak peluk kau rapat-rapat sekarang ni)






Orang mungkin boleh cakap apa-apa jer pasal kau fiqah, tapi yang penting aku tau kau macam mana. Fiqah, aku akan sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. InsyaAllah, kau akan berjaya Fiqah. Aku tau kau akan berjaya di dunia dan InsyaAllah dia akhirat juga. Aku Sayang Kau <3



Tuesday 8 November 2011

Ubat

Assalamualaikum semua :)

Semoga semua orang sihat-sihat ya hari ini. Ubat? eh sapa pula yang sakit? Ilyana ke? hahaha.. Okay post kali ni tajuk dia "Ubat". Aku alhamdulilah sihat tapi, hati aku kurang. huhuhu :( So sekarang ni aku sibuk nak cari ubat untuk hati aku.





Senang bukan kalau ada sejenis ubat yang boleh merawat hati kita bila kita marah, sedih, kecewa. Tapi doktor-doktor masih belum jumpa penawar seperti itu. (kau pikir senang ke nak buat ubat ilyana?) hahaha..
 Sebab itu setiap kali kita kecewa, sedih, marah kita akan perlukan seseorang. Boyfriend? TIDAK! tetapi SAHABAT. Ya Sahabat adalah doktor yang terbaik untuk kita. (isshh tipulah, kawan2 aku kalau aku sedih diorang buat tak tau jer) Haa.. itu bukan Sahabat, itu kawan. Untuk pengetahuan anda perbezaan SAHABAT dan KAWAN sangat besar tau. (poyo gila ayat aku!) Jadi kita kena bijak mencari dikalangan kawan-kawan kita siapa Kawan dan siapa Sahabat. Aku beruntung sangat sebab aku ada Sahabat. Bukan senang tau nak cari Sahabat.



Sebenarnya aku tengah kecil hati dengan seorang kawan aku ni. Tak perlulah aku sebut siapa. Hati aku sakit gila. Senang kalau ada plaster yang boleh tampal hati kita bila sakit kan?




Tapi mana ada benda macam tu kat dunia ni. Kalau ada pun aku rasa benda tu lah yang paling laris dijual. hahaha.. Haih, aku sabar jer lah. Nak buat macam mana Allah cipta setiap manusia ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Aku sendiri pun ada keburukan juga. Jadi aku kena terima. Walau macam mana pun perangainya dia tetap kawan aku. (kadang-kadang tu tak boleh sabar juga dengan perangai dia!) hahahaha.. Jadi kita kena lah belajar bersabar sebab bersabar tu sangat AJAIB!





Jaga diri ya semua dan jaga lupa jaga hati anda sekali..! hehehe ;)

Hadiah !

Assalamualaikum :)

Anda sihat? Ilyana doakan semuanya sihat-sihat ya. Kalau sakit jangan lupa makan ubat. Haa.. dah tukar background blog, lagu, warna-warna. Tukar mood la katakan. Kalau asyik yang sama jer, aku sendiri pun bosan nak tengok. Betul tak? Jadi buat masa sekarang yang paling aku suka lagu dekat blog aku. Hah, tak best? Tak apa, lain orang lain citarasa right? Kalau tak suka tak payah baca :)

Okay, jom kita mula bercerita. Tajuk dekat atas tulis "Hadiah" kan? Haaa.. best sangat sebab Abah nak kasi hadiah dekat aku, my sister and my mom. Petang tadi waktu tengah minum, abah tiba-tiba jer cakap dekat mak nanti hujung tahun ni kita beli rantai dekat Ilya (my little sister) rantai tangan pula dekat Yana (me). Aku pun macam tergamam kejap. Dalam hati aku cakap, abah nak beli rantai tangan untuk aku? Lepas tu aku pun tanya la kenapa nak beli rantai tangan untuk Yana? (banyak tanya pula aku kan? hahaha) Abah cakap saja la nak bagi hadiah dekat anak-anak abah. (terharu gila!)





Lepas tu abah cakap pula esok nak hantar kereta pergi bengkel sebab ada problem sikit. Aku pun fikir balik, "isshhh nak hantar kereta pergi bengkel, then nak beli hadiah bagai. tak banyak ke duit yang keluar?" Aku pun cakap la "Abah beli rantai dekat Ilya jer lah, dekat Yana tak beli pun takpe" Lepas tu abah cakap, "eh takpe abah nak beli hadiah untuk dua-dua anak abah sebagai hadiah hari jadi. kan abah tak bagi apa-apa hadiah tahun ni" Lepas tu boleh pula abah aku cakap lagi "mak nak apa, gelang? cincin? ke rantai?" Sweet aku tengok abah aku tanya dekat mak aku macam tu :') Mak aku diam, lepas tu aku cakap mak nak kamera. Abah pula cakap "a'ah la kamera kita dah rosak kan. okay hujung tahun ni abah beli rantai untuk Ilya, rantai tangan untuk Yana, kamera untuk mak" Abah aku senyum jer sepanjang cakap benda tu semua. :)




Terima kasih abah. Yana sayang abah (iloveyouforever) :')
Anda pun mesti sayang ayah anda bukan? Jadi jangan lupa doa buat insan yang disayangi terutamanya kedua ibubapa anda :) Hargailah mereka sehingga nafas anda yang terakhir, kerana mereka tiada galang-gantinya..

Monday 7 November 2011

Hang Out :]

Assalamualaikum :)

Lama gila aku tak update Blog. Fel, dengan Athirah dah banyak kali tanya bila nak update Blog. hohohooo.. Now i dah update laa.. By the way, Ilyana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua yang beragama ISLAM :)

Kita mulakan tajuk penceritaan kita ya. Seperti tajuk diatas, well biasa budak remaja mesti ada keluar dengan kawan-kawan right? Sama juga macam aku dan kawan-kawan aku :) (perasan yang diri ni remaja la sangat!) hahahaha.. Aku dengan My Superb Bestie rancang nak Hang Out dengan kawan-kawan. Hang Out dekat? Sini aku tunjuk gambarnya..

                                                         WANGSA WALK MALL

Ini tempat kegemaran aku dengan Felissa. Kitorang tak pergi Pavi, Mid Valley, TS, KLCC dan yang seangkatan dengannya lah. Kitorang budak biasa jer. Tapi aku percaya ramai remaja zaman sekarang Hang Out dekat tempat-tempat tu pun bukannya diorang beli barang. Sekadar jalan-jalan (melepak), ambil gambar (nak tunjuk kononnya diorang hang dekat tempat HOT),  makan, then balik.Tu jer aku rasa yang diorang buat. Tapi tak semua la yang macam tu. Ada yang dikalangan "berada" tu maybe pergi sana untuk shopping right? Ikut kemampuan masing-masing lah kan. Oppss! Dah lari tajuk pulak. hehehe.. (sorry kalau rasa aku merepek benda entah apa-apa)

Aku dengan Fel pon rancang lah nak pergi bila, nak ajak sapa, nak makan dekat mana. Makan? hahaha.. Kitorang ada masalah sikit bincang pasal tempat makan yang nak dituju. Nak tau tak antara cadangan kitorang berdua? hehehe.. Okay, antara cadangannya adalah:


                                                                        POPEYES


                                                                    BBQ CHICKEN


                                                                   AYAM PENYET
                                                             (cadangan cik Felissa ya)


                                                                           A&W

Last-last, tak pilih mana-mana lagipun. Bagi cadangan jer lebih. hahaha.. Tapi aktiviti wajib kitorang bila kunjungi WangsaWalk Mall (WWM) before pergi makan kitorang akan ke......


                                                                 TGV CINEMAS

Tgv Cinemas, the most popular place at WWM. Aku dengan kawan-kawan takkan lepaskan peluang untuk tengok wayang sama-sama. Best gila! Then lepas tengok wayang aku dengan Fel rancang jalan-jalan la kejap sebelum pergi makan. Tempat yang kitorang WAJIB singgah adalah.....


                                                                      POPULAR


Biasa lah aku dengan kawan-kawan aku hantu NOVEL. So, kitorang akan bertapa di POPULAR buat seketika. hehehe.. Tapi..............

Semua yang aku ceritakan diatas tadi  cuma rancangan aku dengan Felissa dan yang sedihnya Fel cakap last minute dia TAK DAPAT JOIN. What can i say? ( berlagak speaking pulak! hohoho) Parents Felissa kerja luar sampai hari ahad. So, dah sah-sah la dia tak dapat nak join right? Me, kecewa gila. Huwwaaaaaa... :'0





Fel cakap pergi jer lah tanpa dia. Memang boleh pergi tanap dia but, feeling lain okay kalau kau tak ada sister. Mula-mula tu aku ingat nak cancel tapi, bila difikirkan balik pergi jer lah walaupun tak ada Fel. Nak buat macam mana kan. Allah takdir macam ni. Berdosa kalau kita tak boleh terima right? So, InsyaAllah benda yang dirancang akan diteruskan tanpa FELISSA. Fel, so sorry kitorang keluar tanpa kau. 

Semuanya akan dibincang dan akan diatur semula. So, kita tunggu jer lah bila tarikh yang nak dipilih ya. Doakan semuanya berjalan lancar. Amin. :)