Tuesday 8 November 2011

Hadiah !

Assalamualaikum :)

Anda sihat? Ilyana doakan semuanya sihat-sihat ya. Kalau sakit jangan lupa makan ubat. Haa.. dah tukar background blog, lagu, warna-warna. Tukar mood la katakan. Kalau asyik yang sama jer, aku sendiri pun bosan nak tengok. Betul tak? Jadi buat masa sekarang yang paling aku suka lagu dekat blog aku. Hah, tak best? Tak apa, lain orang lain citarasa right? Kalau tak suka tak payah baca :)

Okay, jom kita mula bercerita. Tajuk dekat atas tulis "Hadiah" kan? Haaa.. best sangat sebab Abah nak kasi hadiah dekat aku, my sister and my mom. Petang tadi waktu tengah minum, abah tiba-tiba jer cakap dekat mak nanti hujung tahun ni kita beli rantai dekat Ilya (my little sister) rantai tangan pula dekat Yana (me). Aku pun macam tergamam kejap. Dalam hati aku cakap, abah nak beli rantai tangan untuk aku? Lepas tu aku pun tanya la kenapa nak beli rantai tangan untuk Yana? (banyak tanya pula aku kan? hahaha) Abah cakap saja la nak bagi hadiah dekat anak-anak abah. (terharu gila!)





Lepas tu abah cakap pula esok nak hantar kereta pergi bengkel sebab ada problem sikit. Aku pun fikir balik, "isshhh nak hantar kereta pergi bengkel, then nak beli hadiah bagai. tak banyak ke duit yang keluar?" Aku pun cakap la "Abah beli rantai dekat Ilya jer lah, dekat Yana tak beli pun takpe" Lepas tu abah cakap, "eh takpe abah nak beli hadiah untuk dua-dua anak abah sebagai hadiah hari jadi. kan abah tak bagi apa-apa hadiah tahun ni" Lepas tu boleh pula abah aku cakap lagi "mak nak apa, gelang? cincin? ke rantai?" Sweet aku tengok abah aku tanya dekat mak aku macam tu :') Mak aku diam, lepas tu aku cakap mak nak kamera. Abah pula cakap "a'ah la kamera kita dah rosak kan. okay hujung tahun ni abah beli rantai untuk Ilya, rantai tangan untuk Yana, kamera untuk mak" Abah aku senyum jer sepanjang cakap benda tu semua. :)




Terima kasih abah. Yana sayang abah (iloveyouforever) :')
Anda pun mesti sayang ayah anda bukan? Jadi jangan lupa doa buat insan yang disayangi terutamanya kedua ibubapa anda :) Hargailah mereka sehingga nafas anda yang terakhir, kerana mereka tiada galang-gantinya..

No comments:

Post a Comment