Tuesday, 8 November 2011

Ubat

Assalamualaikum semua :)

Semoga semua orang sihat-sihat ya hari ini. Ubat? eh sapa pula yang sakit? Ilyana ke? hahaha.. Okay post kali ni tajuk dia "Ubat". Aku alhamdulilah sihat tapi, hati aku kurang. huhuhu :( So sekarang ni aku sibuk nak cari ubat untuk hati aku.





Senang bukan kalau ada sejenis ubat yang boleh merawat hati kita bila kita marah, sedih, kecewa. Tapi doktor-doktor masih belum jumpa penawar seperti itu. (kau pikir senang ke nak buat ubat ilyana?) hahaha..
 Sebab itu setiap kali kita kecewa, sedih, marah kita akan perlukan seseorang. Boyfriend? TIDAK! tetapi SAHABAT. Ya Sahabat adalah doktor yang terbaik untuk kita. (isshh tipulah, kawan2 aku kalau aku sedih diorang buat tak tau jer) Haa.. itu bukan Sahabat, itu kawan. Untuk pengetahuan anda perbezaan SAHABAT dan KAWAN sangat besar tau. (poyo gila ayat aku!) Jadi kita kena bijak mencari dikalangan kawan-kawan kita siapa Kawan dan siapa Sahabat. Aku beruntung sangat sebab aku ada Sahabat. Bukan senang tau nak cari Sahabat.



Sebenarnya aku tengah kecil hati dengan seorang kawan aku ni. Tak perlulah aku sebut siapa. Hati aku sakit gila. Senang kalau ada plaster yang boleh tampal hati kita bila sakit kan?




Tapi mana ada benda macam tu kat dunia ni. Kalau ada pun aku rasa benda tu lah yang paling laris dijual. hahaha.. Haih, aku sabar jer lah. Nak buat macam mana Allah cipta setiap manusia ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Aku sendiri pun ada keburukan juga. Jadi aku kena terima. Walau macam mana pun perangainya dia tetap kawan aku. (kadang-kadang tu tak boleh sabar juga dengan perangai dia!) hahahaha.. Jadi kita kena lah belajar bersabar sebab bersabar tu sangat AJAIB!





Jaga diri ya semua dan jaga lupa jaga hati anda sekali..! hehehe ;)

No comments:

Post a Comment