Wednesday 10 August 2011

I WANT YOU BACK!!!

Assalamualaikum. 
First sekali tadi baru lepas baca blog felissa,athirah dengan izlyn. Semua cerita pasal AISYAH YAQAZAH.. Siapa Aisyah Yaqazah?? huh, tak perlu la aku letak gambar dia kerana... KORANG NAK AKU NANGIS KE BILA LETAK GAMBAR DIA??!!! Aisyah (ecah) dia baru pindah, kawan-kawan aku yang rapat dengan ecah semua buat entri pasal ecah.. aku pulak???? aku tak nak buat!! JANGAN KATA AKU KEJAM! aku tak nak buat entri pasal ecah sebab nanti aku akan MENANGIS DENGAN TERUK SEKALI..! so aku tak ready nak cerita apa-apa.. almaklum la aku ni cepat nangis.. tambah yang berkaitan tentang kawan-kawan.. YES! aku mengaku, aku mula rapat dengan ecah tahun ni tapi aku dah rasa serasi dengan dia..(sangat-sangat) 

Sebenarnya tajuk entri aku kali ni yang aku taip I WANT YOU BACK tuu ditujukan untuk 2orang. orang yang pertama ecah dan yang KEDUA ialah NUR ATHIRAH BINTI MOHD NAZAR.. tapi athirah (thirah) bukannya nak pindah macam ecah.. ni kes lain ehh.. serius aku mengaku aku dah makin tak rapat dengan athirah.. aku sedih sangat-sangat..! sejak athirah berpindah tempat pergi duduk depan aku dah rasa dia dah hilang dalam hidup seharian aku.. YES! aku mengaku aku cemburu,jeles,sakit hati bila athirah duduk dekat depan.. kenapa??!! sebab aku sayang dia!! dan aku rasa aku dah makin kurang rapat dengan dia lagi bila dia masuk kawad rumah delta.. lagi aku rasa kehilangan..!

Walaupun waktu kitorang duduk sama-sama dulu aku dengan athirah selalu gaduh-gaduh tapi takpe..! aku lebih rela macam tu daripada keadaan yang sekarang ni..! aku tak suka sangat-sangat hubungan aku dengan athirah yang sekarang ni.. YA! aku mengaku aku tak sehebat kawan-kawan kau ecah, miza, felissa, anis, fiqah, nissa, nadirah dan yang lain-lain.. aku perlukan kau sebagai kawan baik aku.. setiap hari bila datang sekolah aku selalu tanya dekat diri aku sendiri "bila athirah nak datang duduk dengan aku dan felissa balik" SETIAP HARI aku mesti tanya soalan tu dekat diri aku.. tapi bila dah sampai waktu balik sekolah athirah masih duduk dekat depan dan setiap hari jugak waktu balik aku akan cakap dalam hati aku "esok mesti athirah datang duduk dengan aku dan fel balik" tapi dah lama aku tunggu, masa tu tak pernah datang lagi...

Aku pernah cakap dekat fel yang aku nak sangat-sangat athirah duduk balik dengan kitorang, tapi aku tau mesti benda tu TAKKAN PERNAH TERJADI..! tapi takpe la asalkan athirah bahagia duduk depan dengan nabila izzati, syahirah, hanani, farhanah aku dah bahagia.. cuma aku harap tahun depan, tahun terakhir aku, aku dapat duduk sama kelas dengan athirah lagi... tu dah cukup untuk aku... mungkin bagi athirah aku ni sensitive, ngada-ngada, cepat merajuk dan sebagainya dan mungkin sebab tu juga dia lebih suka kawan dengan felissa, ecah, miza, fiqah, anis, nissa, syahirah, shazlin dan yang lain-lain daripada aku... tak pe la athirah aku terima....mungkin bila kau baca apa yang aku tulis ni kau akan kata aku ni over ke ataupun benda lain yang seangkatan dengan tuu... tapi ni cuma luahan hati aku yang aku pendam selama ni..

Mungkin orang tengok aku selalu ceria dekat sekolah, tapi dalam hati aku orang tak tau...dan kalau ada yang perasan pun mungkin felissa, sebab dia suka memerhati orang..tak tau kenapa air mata aku tak henti-henti mengalir sepanjang aku tengah tulis entri kali ni.. aku rindu aisyah...aku nak dia kembali...dan aku nak athirah yang dulu.............

Ya ALLAH makbulkan lah doa aku..
Amin~

Tuesday 2 August 2011

ANA LU'LU :)


Assalamualaikum semua :)
Hai kamu! puasa tak hari?? hah! tak puasa? ishh, ape ni..karang tak boleh raya baru tau..hehehe... ala takpe aku faham maybe ada yang tak puasa tu sebab alasan tertentukan.. okay takpe-takpe.. 

Korang baca tajuk aku tulis dekat atas tu pon mesti dah tau aku nak cerita pasal apa kan.. haaa...aku baru lepas tengok cerita Ana Lulu dekat tv3 tadi.. mesti korang nak cakap "esok nak periksa boleh lagi tengok tv". korang mesti nak cakap macam tu kan..?? alaa..buku-buku jugak, hiburan tetap kene ada okay..bak kata kawan aku  athirah "tv,tv laa...facebook, facebook laa".. hahaha...

best giler cerita tuu..dah la hero dia pujaan hati aku... bertambah-tambah best la aku tengok cerita tuu.. hehehe... haa..kepada sesiapa yang cakap "alah, bukan best mana pmun cerita tuu..boring jerr.."  tu pendapat masing-masing okay.. kalau korang rasa cerita tu menarik, menarik la jawabnya..kalau korang rasa tak, tak laaa.. ishh, bila aku tengok cerita Ana Lulu tuu buat aku rasa teringan nak ada dekat tempat dia.. walaupun si Ana Lulu tuu selalu kene dera tapi nanti dia akan jumpa dengan putera impian dia.. wahh!! macam cerita cinderella jer kan.. hahaha.. memang pon macam cerita cinderella pon cerita Ana Lulu tuu..hehehe... haa nah aku kasi korang layan gambar-gambar pelakon cerita Ana Lulu tuu... (dapat dari internet jer..) hehehe....

Jangan lupa tengok tau!


Pelakon-pelakon utama


barisan pelakon cerita Ana Lu'lu




hero & heroin cerita Ana Lu'lu




Nora Danish sebagai Ana Lu'lu


( ^ __ ^ )


Kamal Adli sebagai Hariss Azhan


Wawa Zainal sebagai Bunga (kawan baik Ana Lu'lu)


Syarifah Sakinah sebagai Sophie (pengacau hubungan Ana Lu'lu dgn Hariss)
Pengarah cerita Ana Lu'lu


Okay sampai sini dulu cerita aku... byee... :) Aja-aja Fighting! hehehehe....