Thursday, 20 December 2012

Goodbye Form3

Asalamualaikum.

    Hai. Lama sangat tak update blog ni. Bukan apa sibuk dengan PMR    (kalau online twitter dengan FB boleh pula). Okay back to the topic, goodbye form3. Hmmm rasa sedih sangat nak tinggalkan form3 even this year kena ambil salah satu exam yang penting. Tapi banyak sangat kenangan tahun ni. Memories with my friends and my teachers. Rindu waktu ada program dan bengkel form3 dekat sekolah, rindu suasana tuition. Huwwaaaaa rasa nak nangis ni. 

    By the way, PMR result dah keluar! Aku dapat 5A 3B. Alhamdulilah.        Apa yang B tu tak payah lah aku cerita eh (malu). Sekarang semua batch 97's sibuk perah otak nak ambil aliran apa form4 nanti. Me? Hmmm ingat nak ambil account + add math. InsyaAllah, kalau cikgu luluskan. Tapi macam biasa lah ramai yang cakap add math susah. Math aku pun tak lah power sangat tapi ada cikgu sekolah rendah aku cakap better ambil add math daripada seni sebab nanti kita ada kelebihan waktu nak minta University sebab dalam sijil SPM kita tu ada subjek add math. 

    Dekat sekolah aku tu ada dua kelas account. Satu yang ada subjek add math, satu lagi ada subjek seni. Pilihan aku, InsyaAllah account + add math. Minta-minta semuanya dipermudahkan Allah swt. Aminnn. 

    Okay cukup dulu untuk entri kali ni. InsyaAllah, aku akan rajin-rajin kan diri untuk selalu update entri baru. Jaga diri, jaga kesihatan. Asalamualaikum.
    
    

 

No comments:

Post a Comment