Thursday, 10 January 2013

Dear friend

Assalamualaikum wrbt.

    Hai. Apa khabar? Semoga anda setiasa sihat dan diberkati Allah swt. InsyaAllah. Setelah agak lama aku tak mengupdate blog ni, malam ni aku luangkan sedikit masa untuk blog yang tercintun ni, eh silap silap blog yang tercinta ni. Sesi persekolahan 2013 baru bermula, jadi sibuk sikit nak biasakan diri dengan subjek-subjek baru untuk Tingkatan 4, nak biasakan diri dengan persekitaran yang baru dan kawan-kawan baru (kawan-kawan lama tetap utuh di hati ini). Nak cerita ni, aku masuk kelas Account yang ada subjek tambahan Additional Mathematics (Addmaths). Student kalau sebut je subjek Addmaths mesti gerun, termasuk ler tuan punya blog ni. Huhuhu Bukan apa, ramai senior-senior yang terdahulu sendiri mengaku subjek Addmaths ni sedikit rumit. Aku pula bukannya pandai sangat bab cik matematik ni. Haddoiii.. Takpe takpe kita cuba sebaik yang kita boleh, okay. 

    Kembali pada tajuk yang aku tulis dekat atas tu, dear friend. First, aku akan beritahu awal-awal yang aku takkan mention nama kawan aku tu (maruah kawan mesti jaga maa). Nak dimulakan cerita, aku sayang kawan aku sorang ni. Kitorang kenal pun dah agak lama. Aku bukan nak bercerita panjang berjelar sampai boleh buat karangan. Kawan, tolong berubah sikit. Tolong anggap diri kau bermakna. Jangan disebabkan lelaki, kau rendahkan diri kau. Jangan kata yang semuanya salah kau padahal yang salah si lelaki tu. Please, jangan macam ni lagi. Bangga dengan diri kau. Kau lebih hebat daripada dia dan sebenarnya bagi aku dia yang tak layak untuk kau, bukannya kau yang tak layak untuk dia. Kalau kau baca apa yang aku tulis ni, jangan kecil hati. Kalau boleh aku nak cakap sendiri semua ni dekat kau, tapi aku takut persahabatan kita pula yang retak. Aku minta maaf. Aku sentiasa sayang dan akan ada untuk kau, kawan.




No comments:

Post a Comment