Thursday, 28 February 2013

Pendapat

Assalamualaikum.

Hi! Hi! Hi! Hehee.. Lama tarak update blog la. Ada masalah teknikal 
(sibuk dengan homework yang bertimbun-timbun) huhu. Sebelum nak cerita apa-apa nak bagitahu yang hari isnin 4/3 sampai 7/3 ni yana exam. Jadi nak minta saudara seislam yang baca ni tolong doakan semoga yana dapat buat yang terbaikkk. Terima kasih =)

Now, memang sibuk sebab banyak belajar benda baru dan luar biasa. Kalau nak cerita dekat sini seminggu pun tarak cukup maa. Jadi anggap jelah tuan punya blog ni tengah sibuk dengan sekolah + sedang mengenal dunia ciptaan Allah yang sangat indah ni. 

Sebenarnya takde benda apa sangat yang nak cerita kali ni. Cuma post biasa untuk isi masa sebelum nak tidur. Masa sekarang 1.54pagi. Awal lagiii hahaaa.. 

Okay, mood nak bercerita dah sampai. Aku sebagai pelajar sekolah menengah nak cerita pendapat aku sikit la pasal cikgu-cikgu sekolah ni. Okay, jangan takut. Aku bukan nak mengutuk cikgu aku ke apa. Aku cuma nak luahkan pendapat aku sebagai seorang pelajar. 

Sekarang aku sekolah dekat kedah, mungkin sekolah aku yang tak berapa okay atau memang benda ni berlaku dekat semua sekolah, itu aku tak pasti. Sebelum tuuuuu, aku nak minta maaf kalau yang baca post ni kecil hati atau marah sebab ni hanya pendapat seorang 'budak sekolah' je.

Sebenarnya aku rasa cikgu dekat sekolah main peranan yang agak besar untuk tarik minat pelajar untuk fokus dalam kelas dan timbul minat nak belajar dalam diri. Maksud aku sekarang ni, cara cikgu-cikgu dekat sekolah mengajar tu main peranan yang penting. Aku tahu yang cikgu-cikgu  bukan mengajar cuma satu atau dua kelas je, cikgu-cikgu mengajar banyak kelas dan banyak pelajar yang nak diajar. 

Pengalaman aku sendiri, secara jujurnya aku agak lemah dalam subjek English tapi tak pernah la gagal. Setiap kali exam markah English aku mesti rendah tapi waktu tingkatan 3 aku dapat teacher English yang terbaikkkk pernah aku dapat. Alhamdulilah, markah English aku meningkat dan meningkat dannnn aku dapat A untuk English dalam PMR =D Thanks teacher Norashikin Zainudin for teaching me English and Sir Khalid Adnan sebab banyak bagi buku rujukan dan latihan + kata-kata semangat dekat yana. Hanya Allah yang dapat balas jasa teacher dengan uncle.

Dekat sekolah baru ni, aku dapat teacher English yang bagi aku cara mengajar beliau tidak menarik. Aku bukan nak mengata cikgu tu. Kalau boleh memang aku nak cakap dengan cikgu tu yang ramai pelajar tak faham cara cikgu mengajar tapi bila fikir balik aku rasa cara aku tu mungkin 90% akan buat cikgu tu kecil hati. Jadi aku tak nak la sampai jadi macam tu. Sebab tu aku diamkan je. 

Aku cerita benda ni bukanlah untuk jadi pelajar yang biadap, aku cuma cerita pendapat dan pengalaman yang aku sendiri sebagai pelajar sekolah lalu. Jadi jangan salahkan pelajar 100% kalau dia tak minat belajar, mungkin dalam 100% tu ada beberapa peratus disebabkan cara cikgu yang mengajar tu kurang menarik perhatian pelajar. 

Aku sebagai pelajar sendiri, suka belajar dalam suasana yang ceria. Suasana yang antara cikgu dan pelajar boleh berkomunikasi dengan senang tanpa rasa malu atau takut. Cikgu sendiri seronok mengajar tanpa pening fikirkan yang anak murid tak nak fokus dalam kelas atau malas nak buat kerja rumah yang diberi. Kalau dua-dua pihak senang hati dan ceria, InsyaAllah semakin bertambah bilangan Sekolah Bestari, Sekolah Kluster dan Sekolah Cemerlang dalam negara kita.

Okay, rasanya tu je yang aku nak 'membebel' dekat sini. Sekali lagi aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan post aku kali ni. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment